Tuesday, February 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real Madrid masih berbisa dalam saingan La Liga

    BARCELONA, 24 FEB – Luka Modric menjaringkan gol menakjubkan dari jarak jauh untuk membantu Real Madrid meraih kemenangan 2-0 ke atas Girona semalam, sekali gus membawa mereka kembali setara dari segi mata dengan Barcelona di puncak La Liga.

    Vinicius Junior mlengkapkan kemenangan di akhir perlawanan ketika pasukan kendalian Carlo Ancelotti mempamerkan aksi mantap di Santiago Bernabeu.

    Selepas pesaing utama Barcelona dan Atletico Madrid, yang kini di tempat ketiga, masing-masing menang pada Sabtu lalu, sekali gus tekanan diberikan kepada juara bertahan dalam perebutan gelaran yang semakin sengit.

    Madrid gagal menang dalam tiga perlawanan liga sebelum ini tetapi menunjukkan kekuatan mereka dengan membelasah Manchester City dalam saingan Liga Juara-juara pada pertengahan minggu.

    “Ia kemenangan yang sangat penting, kami perlu terus berjuang,” kata Modric kepada Real Madrid TV.

    “Kami tidak boleh biarkan prestasi menurun dan berpuas hati, kami masih boleh berkembang sebagai satu pasukan.”

    Gol pemain Croatia itu menjadi tumpuan dalam perlawanan.

    “Saya keseorangan, saya kawal bola, saya sepak dengan baik dan ia masuk,” tambah Modric.

    “Saya tidak tahu sama ada ia antara gol paling menakjubkan yang pernah saya jaringkan, tetapi ia sangat cantik. Ia sentiasa istimewa untuk menjaringkan gol di Bernabeu.” – AFP

    Luka Modric menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan La Liga Sepanyol antara Real Madrid dan Girona di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol, pada 23 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda