MADRID, 15 MEI – Real Madrid meraih kemenangan lewat menentang Real Mallorca 2-1 kelmarin dalam La Liga sekali gus tangguhkan sambutan kejuaraan Barcelona.
Los Blancos merapatkan jurang dengan Catalan kepada empat mata menjelang perlawanan Barcelona dengan Espanyol hari ini, di mana mereka boleh tamatkan liga dengan kemenangan.
Setelah ketinggalan selepas gol pembukaan Martin Valjent pada minit ke-11, dua gol pada separuh masa kedua daripada Kyliam Mbappe dan Jacobo Ramon berjaya pastikan musuh ketat mereka belum boleh merangkul kejuaraan La Liga buat kali ke-28.
“Pasukan bermain dengan sangat baik, ia banyak bertarung, bermain dengan intensiti yang tinggi dan ia adalah kemenangan yang benar-benar layak dimiliki,” kata Ancelotti.
“Kami gembira kerana kami mahu menamatkan musim ini dengan baik dan permainan ini tidak bermula dengan baik tetapi selepas itu kami berjaya melakukannya dengan sangat baik dalam semua segi.”
Jurulatih Madrid, Ancelotti akan berlepas untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Brazil setelah mengalami musim yang mengecewakan dengan dua lagi perlawanan lagi dalam jawatannya.
Skuad Madrid berdepan masalah kecederaan, tanpa Vinicius Junior dan Rodrygo Goes antara nama bintang yang tidak diturunkan ketika Mallorca melawat Santiago Bernabeu.
Mallorca mendahului awal apabila Valjent menerima bola di sebelah kanan kotak penalti tanpa dikawal.
Pemain pertahanan itu melakukan rembatan untuk menewaskan penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois, yang membuat penampilan ke-200 La Liganya.
Selepas 68 minit permainan, Mbappe mempamerkan beberapa gerak kaki yang hebat untuk menewaskan tiga pertahanan Mallorca sebelum menjaringkan gol.
Ia adalah gol ke-40 Mbappe dalam musim produktif pada tahap peribadi, walaupun pasukannya dijangka menamatkannya tanpa trofi utama dan telah ditewaskan empat kali oleh Barcelona di semua pertandingan.
Setelah mengasak beberapa kali tanpa hasil, akhirnya pemain pertahanan Madrid berusia 20 tahun, Jacobo berjaya membuat jaringan ketika pertahanan Mallorca kelihatan teragak-agak. – AFP
