BARCELONA, 28 Feb – Cristiano Ronaldo direhatkan dan pemain bantuan gagal untuk beraksi cemerlang ketika Real Madrid menyaksikan kekalahan mengejut 1-0 di laman lawan kepada Espanyol, semalam.
Gerard Moreno menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-94 di Stadium RCDE yang menyaksikan barisan Real yang mengalami penggiliran dihukum atas ketumpulan penyudah serta persembahan lemah.
Gareth Bale, Marco Asensio dan Isco kesemuanya terpaksa bergelut, dengan ketiga-tiga mereka gagal mengambil peluang untuk mempamerkan kehebatan menjelang perlawanan akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) minggu hadapan. (Klik di sini untuk cerita lanjut)