Saturday, January 11, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real mara ke final Piala Super

    JEDDAH, 10 JAN – Jude Bellingham dan Rodrygo masing-masing mencetak gol untuk membantu Real Madrid menang 3-0 ke atas Real Mallorca kelmarin, sekali gus menetapkan pertemuan akhir Piala Super Sepanyol bertemu Barcelona.

    Madrid berpeluang membalas dendam kekalahan mereka di El Clasico dalam saingan La Liga Oktober lalu selepas gol klinikal Bellingham pada separuh masa kedua membantu mereka menuju kemenangan di Arab Saudi.

    Disokong oleh peminat di Jeddah, Madrid tidak mensia-siakan kelebihan yang dihidangkan dan gol sendiri pada masa kecederaan oleh Martin Valjent memastikan kemenangan mereka, dengan Rodrygo menambah lagi satu gol dari jarak dekat.

    “Ia sentiasa sukar untuk bermain menentang mereka, tetapi kami bersedia, kami bermain dengan baik dan kami mahu trofi ini,” kata Rodrygo kepada Movistar, sebelum memuji Bellingham, yang menjaringkan gol kelapannya dalam 10 perlawanan terakhirnya untuk Madrid.

    “Pada permulaan musim dia menghadapi masalah untuk menjaringkan gol, tetapi dia sentiasa bangkit, berlatih setiap hari untuk memperbaiki diri dan hasil kerjanya dibuktikan dalam perlawanan ini,” kata Rodrygo lagi.

    Mallorca kendalian Jagoba Arrasate menemui rentak dan berjaya menyekat juara Sepanyol dan Eropah itu dengan tidak memberikan peluang pada separuh masa pertama.

    Madrid kehilangan Aurelien Tchouameni pada awal separuh masa kedua selepas mengalami kecederaan di kepalanya semasa bersaing dengan Cyle Larin. – AFP

    Pablo Maffeo (kiri) bersaing untuk mendapatkan bola dengan Vinicius semasa perlawanan bola sepak di King Abdullah Sport City di Jeddah pada 9 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda