MADRID, 25 Feb – Dua gol Cristiano Ronaldo dan satu gol Gareth Bale dalam tujuh perlawanan telah membantu Real Madrid membelasah Alaves 4-0 di Santiago Bernabeu semalam, mengukuhkan lagi cengkaman mereka ke atas tiga kedudukan teratas La Liga.
Harapan bagi mempertahankan kejuaraan seolah-olah sudah berakhir, di mana Real ketinggalan 11 mata daripada pendahulu tetapi empat kemenangan berturut-turut telah mengakhiri kesemua kebimbangan terlepas daripada slot Liga Juara-Juara.
Jurulatih Zinedine Zidane telah mengembalikan Bale dalam kesebelasan utama selepas menempatkan pemain itu di bangku simpanan dalam kemenangan pertengahan minggu ke atas Leganes, tetapi Bale, Ronaldo dan Karim Benzema gagal menemui rentak di awal separuh masa pertama.
Real akhirnya memecahkan kebuntuan sebelum separuh masa, apabila hantaran Benzema menemui Ronaldo, yang melepaskan rembatan ke sudut gawang.
Penyerang Portugal itu kembali dalam prestasi terbaiknya untuk membantu Real kembali mendaki liga.

Benzema sekali lagi menjadi arkitek dan kali ini dia memberikan hantaran-nya kepada Bale untuk menggandakan kelebihan di awal separuh masa kedua.
Penyerang Perancis itu mengetuai serangan dan kemudian meleretkan bola ke laluan Bale, dan pemain sayap Wales itu tidak mensia-siakan peluang bagi mengakhiri kemarau enam perlawanan tanpa gol.
Ronaldo sekali lagi menemui sasaran apabila pemenang lima kali Ballon d’Or itu memastikan tiga mata ketika perlawanan memasuki sejam.
Benzema dihadiahkan sepakan penalti, selepas dua sumbangan awalnya, di penghujung perlawanan, yang menyaksikan Ronaldo melepaskan peluang untuk melengkapkan hatrik dalam perlawanan itu. – AFP