Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real sahkan pusingan 16

    PHILADELPHIA, 27 JUN – Vinicius Junior menjaringkan satu gol dengan rembatan cantik ketika Real Madrid mengesahkan tempat mereka ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia Kelab dengan kemenangan 3-0 ke atas Salzburg, kelmarin.

    Bintang Brazil itu membuka tirai jaringan selepas hantaran hebat yang mengucar-ngacirkan pertahanan lawan dilakukan oleh Jude Bellingham pada minit ke-40 dan kemudian memberikan umpanan kepada Federico Valverde untuk gol kedua pada masa kecederaan separuh masa pertama.

    Gonzalo Garcia melengkapkan kemenangan pada akhir perlawanan dengan gol keduanya dalam kejohanan tersebut dan keputusan itu bermakna pasukan Xabi Alonso menamatkan pusingan pertama kejohanan baharu FIFA tanpa kalah.

    Mereka mara ke peringkat kalah mati sebagai pemenang Kumpulan H dengan tujuh mata, sekali gus menetapkan perlawanan pusingan 16 terakhir menentang Juventus di Miami pada Selasa.

    Manakala Salzburg tersingkir selepas Al Hilal dari Arab Saudi mara di tempat kedua di belakang Real selepas menewaskan Pachuca dari Mexico 2-0 di Nashville.

    Mereka akan menentang Manchester City dalam pusingan 16 terakhir.

    Madrid sedang menyesuaikan diri di Amerika Syarikat di bawah jurulatih baharu, Alonso dan sekali lagi tanpa penjaring terbanyak, Kylian Mbappe. – AFP

    Aksi Francisco Garcia (dua kiri), bersaing untuk mendapatkan bola dengan Nene Dorgeles semasa perlawanan bola sepak di Stadium Lincoln Financial Field di Philadelphia pada 26 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda