Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real setuju 180 juta beli Mbappe

    PARIS, 26 Julai – Real Madrid telah dilaporkan mencapai perjanjian rekod dunia bagi menandatangani Kylian Mbappe dari Monaco dengan nilai 180 juta euro (AS$210 juta, 160 juta pound), menamatkan salah satu saga perpindahan terhangat musim panas ini.

    Media skuad Sepanyol, Marca, memetik dari sumber yang dekat dengan perbincangan, berkata penyerang remaja berbakat itu, yang meraih kegemilangan musim lepas dijangka menyertai Real ‘dalam beberapa hari lagi’ dengan perjanjian selama enam tahun.

    Akhbar Perancis, Le Parisien dan Nice Matin dengan pantas mengumumkan bahawa Monaco telah menafikan laporan itu. Tetapi khabar angin terbaru itu telah menghidupkan semula spekulasi yang menyelebungi masa depan bintang paling menyerlah Eropah itu.

    Hanya khabar angin yang menyelubungi Neymar dan jumlah wang besar yang mengaitkannya mampu menyaingi kekecohan yang dijana oleh Mbappe dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    Kylian Mbappe menjadi pemain rebutan beberapa kelab terkemuka Eropah musim panas ini dan Real Madrid telah dilaporkan mencapai perjanjian 180 juta euro bagi remaja sensasi itu. – AFP
    Kylian Mbappe menjadi pemain rebutan beberapa kelab terkemuka Eropah musim panas ini dan Real Madrid telah dilaporkan mencapai perjanjian 180 juta euro bagi remaja sensasi itu. – AFP

    Neymar, bintang Barcelona berusia 25 tahun, telah menjadi perhatian dengan pelbagai spekulasi yang mengaitkannya dengan Paris Saint-Germain bagi rekod dunia 222 juta euro, nilai bagi klausa kontraknya.

    Kehangatan perjanjian itu mula menurun dalam beberapa hari kebelakangan ini dengan berita Mbappe mula menjadi tumpuan. Dan jika ia berjaya, Real akan melengkapkan usaha bijak dengan mendapatkan antara pemain muda paling berbakat dalam dunia bola sepak dari cubaan beberapa kelab utama Eropah termasuk PSG dan gergasi Liga Perdana, Manchester City.

    Marca, yang dikenali dengan hubungan rapat dengan Madrid, menegaskan bahawa Real dijangka membayar antara 150-160 juta euro dengan tambahan antara 20 dan 30 juta bagi Mbappe, memecahkan rekod dunia ketika ini, 105 juta yang dibayar Manchester United untuk mendapatkan Paul Pogba dari Juventus tahun lepas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda