Thursday, May 8, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real Sociedad juara Copa Del Rey 2020

    MADRID, 4 APRIL – Real Sociedad muncul juara Copa Del Rey Sepanyol buat kali ketiga selepas menundukkan musuh utama mereka Athletic Bilbao 1-0 pada final yang ditunda dari musim lalu.

    Kapten Real Sociedad, Mikel Oyarzabal yang menyertai kelab itu sejak umur 14 tahun menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan kemenangan mereka di final yang tertangguh dan mendedikasikan kemenangan itu kepada penyokong yang tidak dapat hadir menyaksikan perlawanan final bersejarah itu di Seville.

    “Hari yang luar biasa,” kata Oyarzabal.

    “Anda mengingati semua orang. Semua orang yang suka berada di sini. Mereka yang meninggalkan kita. Ini untuk semua orang, keluarga, rakan-rakan saya. Ia amat bermakna.”

    Jaringan Oyarzabal memberikan Real Sociedad memenangi trofi Copa Del Rey pertama mereka dalam tempoh 34 tahun sekali gus menafikan Athletic Bilbao daripada merangkul kejuaraan ke-24 mereka, kini mereka mesti berusaha pulih tepat pada waktunya untuk percubaan kedua dalam masa dua minggu.

    Pasukan Real Sociedad meraikan trofi Copa del Rey 2020 selepas meraih kemenangan menentang Athletic Bilbao di Stadium La Cartuja semalam. – AFP

    Athletic juga telah berjaya mara ke final pertandingan itu musim ini, yang akan dimainkan di stadium yang sama di La Cartuja pada 17 April, dengan menentang Barcelona dan Lionel Messi.

    “Saya tidak kecewa, saya sedih,” kata jurulatih Marcelino Garcia Toral. “Pemain terseksa tetapi mereka harus bangkit kembali.”

    Bagi Real Sociedad, ini adalah peluang sekali dan mereka berjaya, melangkah ke final yang mencabar, tegang dan tanpa sesuatu yang jelas, tetapi satu pasukan yang lebih baik menjulang trofi di penghujung.

    Seramai 18 daripada 22 pemain kebanyakan mereka bermula di akademi kelab yang mereka wakili sekarang, termasuk Oyarzabal, yang dilahirkan di Gipuzkoa dan menyertai dengan ‘Zubieta’ Real Sociedad sebagai remaja.

    Final musim lalu itu ditunda dengan harapan ia dapat dihadiri penonton, sebaliknya ia terpaksa dilangsungkan jauh di Seville dengan hanya 350 tetamu serta wartawan dibenarkan masuk.

    Perkumpulan ramai berlaku di Bilbao, di mana polis telah menghadapi gangguan pada awal malam. Ramai peminat Athletic berkumpul di stadium San Mames, sementara banyak peraturan yang diabaikan mengenai penjarakan sosial. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda