Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Real Sociedad semakin hampir beraksi di ULC

    BARCELONA, 24 MEI – Real Sociedad semakin hampir beraksi di Liga Juara-Juara pada musim hadapan selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Almeria yang beraksi 10 pemain dalam La Liga, kelmarin.

    Gol pada separuh masa pertama melalui Takefusa Kubo (gambar-AFP) memberikan skuad kendalian Imanol Alguacil yang berada di tempat keempat, kelebihan lapan mata ke atas Villarreal di tempat kelima, yang menentang Cadiz hari ini.

    Penyerang Almeria, Luis Suarez dibuang padang selepas 36 minit kerana melakukan terjahan keras ke atas pertahanan Robin Le Normand.

    Pemain sayap Jepun, Kubo, dalam prestasi yang baik, berjaya meraih golnya dengan cemerlang, meluru masuk dari kanan dan membuat sepakan melencong ke sudut kiri atas pada masa kecederaan separuh masa pertama.

    Alexander Sorloth boleh menggandakan pendahuluan La Real pada lewat tetapi rembatan tersasar, manakala percubaan Ander Barrenetxea terkena tiang.

    Reaksi Takefusa Kubo selepas menjaringkan gol pertama pasukannya semasa perlawanan bola sepak liga Sepanyol di stadium Reale Arena di San Sebastian. – AFP

    Real Sociedad tidak bermain dalam pertandingan utama Eropah sejak musim 2013-14 dan boleh layak jika Villarreal gagal memenangi mana-mana daripada tiga perlawanan terakhir mereka atau dengan memperoleh dua lagi mata sendiri.

    Kekalahan itu menyebabkan Almeria di tempat ke-15, empat mata di atas zon penyingkiran.

    Sementara itu, Celta Vigo, tempat ke-14, terikat dengan Girona 1-1 di tempat sendiri dan berada lima mata di atas zon penyingkiran.

    Juara Barcelona akan berkunjung ke laman Real Valladolid, yang berada di tangga ke-18 yang berjuang untuk bertahan daripada penyingkiran. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...