Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Real tundukkan Celtic

    GLASGOW, 7 SEPT – Carlo Ancelotti memuji kekentalan Real Madrid mempamerkan ‘persembahan hebat’ separuh masa kedua dalam kemenangan 3-0 di Celtic untuk memulakan pertahanan Liga Juara-Juara mereka selepas 45 minit pertama yang sukar di mana mereka kehilangan Karim Benzema akibat kecederaan.

    Pemain Perancis itu mengalami masalah lutut selepas kapten Celtic, Callum McGregor menerjah tiang dengan usaha terbaik pada babak pertama.

    Dengan ketiadaan Benzema, Vincius Junior bangkit membantu pasukan dengan penyudah pada minit ke-11 separuh masa kedua.

    Penyudah Luka Modric dengan pantas menggandakan pendahuluan juara bertahan itu sebelum Eden Hazard meledak untuk meneruskan kemenangan 100 peratus permulaan musim untuk anak buah Ancelotti.

    “Di sini awda menderita,” kata Ancelotti, yang tidak pernah menang dalam tiga lawatannya sebelum ini ke Celtic Park sebagai pengurus AC Milan. “Menentang pasukan ini, dalam suasana ini, terutama pada separuh masa pertama kami menderita.”

    Celtic telah memulakan malam dengan rekod sempurna musim ini, termasuk mengalahkan saingan tempatan 4-0 dan finalis Liga Europa Rangers pada hari Sabtu.

    Tetapi dalam perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara pertama mereka selama lima tahun, anak buah Ange Postecoglou telah diberi pengajaran keras tentang keperluan untuk mengambil peluang mereka dalam langkah ke peringkat tertinggi dalam bola sepak Eropah. – AFP

    Aksi Toni Kroos meraikan kemenangan menentang Celtic semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara di stadium Celtic Park, di Glasgow, pada 6 September 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...