MADRID, 6 Nov – Real Madrid mendiamkan isu krisis selepas kekalahan berturut-turut ketika Marco Asensio menambah koleksi jaringannya dalam kemenangan 3-0 ke atas Las Palmas di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
Kemenangan tersebut mengurangkan defisit Real yang menghuni tangga ketiga ke atas Barcelona yang berada di kemuncak La Liga kepada lapan mata.
Bagaimanapun, ia satu lagi malam yang sukar bagi pemain penyerang Madrid, apabila Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema gagal menjaringkan sebarang gol ketika Casemiro, Isco dan Asensio, 21, mempamerkan sentuhan maut.
“Mereka adalah yang pertama yang merasa tidak gembira,” kata bos Real, Zinedine Zidane mengenai kemarau jaringan yang dihadapi Ronaldo dan Benzema.
“Perkara paling penting adalah usaha yang mereka lakukan dan peluang yang kami cipta.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/P21-B_071117.jpg)
“Hari ini, Isco, Asensio dan Casemiro menjaringkan gol dan tidak lama lagi mungkin Cristiano dan Karim. Kami perlu untuk terus bertenang.”
Benzema dikritik hebat kerana peranannya ketika Real tewas kepada pasukan yang mendapatkan sokongan, Girona pada hujung minggu lalu dan di Tottenham Hotspur dalam persaingan Liga Juara-Juara pada Rabu lalu.
Dan tahap tidak puas hati terhadap pemain dari Perancis itu dibuktikan ketika dia diejek oleh peminat tuan rumah sendiri dalam tempoh lima minit pertama apabila dia gagal menewaskan Raul Lizoain selepas menerima bola dari Ronaldo.
Ronaldo dan Benzema masing–masing hanya mencatatkan satu gol La Liga setakat musim ini dan ia adalah Pemain Terbaik Dunia yang terus berusaha membuat percubaan seterusnya, menyaksikan sepakannya ke tepi jaring, melakukan rembatan melencong yang tersasar dan kemudian membuat tandukan dari jarak dekat yang terlalu hampir dengan Lizoain.
“Kami tahu Cristiano merasa lebih gembira apabila dia menjaringkan gol,” tambah Zidane.
“Kami semua merasa yakin bahawa (pada akhir musim) dia adalah yang akan membuat perbezaan.” – AFP