Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Rebellin maut kes langgar lari

ROM, 1 DIS – Bekas juara lumba basikal Itali dan pemenang pingat perak Olimpik, Davide Rebellin telah meninggal dunia selepas terbabit dalam nahas langgar lari dengan trak berdekatan rumahnya di wilayah Venice, media tempatan melaporkan pada Rabu.

Mendiang yang maut pada usia 51 tahun itu dianggap sebagai pelumba klasik terbaik pada zamannya, yang pernah memenangi tujuh perlumbaan utama.

Pada tahun 2004, dia menjadi pelumba pertama yang memenangi tiga Klasik Ardennes iaitu Liege-Bastogne-Liege, Fleche Wallone dan Amstel Gold.

Dia juga memenangi Fleche pada tahun 2007 dan 2009 serta Klasik San Sebatian dan Zurich, kedua-duanya pada tahun 1997.

Selain itu, dia juga memenangi perlumbaan berprestij Tirreno-Adriatico pada 2001 dan Paris-Nice pada 2007.

Dia pernah mengambil bahagian dalam 19 Grand Tour termasuk 12 Giro d’Italia, di mana dia memenangi satu-satunya jelajah utama dan memakai jersi pendahulu keseluruhan berwarna merah jambu selama enam hari pada tahun 1996.

“Hari ini merupakan hari yang paling sedih untuk semua orang dalam dunia lumba basikal,” kata Ketua Tour de France, Christian Prudhomme.

Media Itali melaporkan kematiannya pada Rabu sambil menyatakan dia terbunuh serta-merta di bulatan jalan raya selepas dilanggar oleh sebuah trak yang meninggalkan tempat kejadian tanpa berusaha untuk berhenti.

Rebellin berlumba sehingga tahun lalu dalam divisyen rendah dan dikenang oleh ahli keluarganya sebagai seorang yang hidup untuk menunggang basikal. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 15 Mac 2008 menunjukkan pelumba basikal Itali, Davide Rebellin tersenyum di atas podium dengan memakai jersi kuning selepas peringkat keenam perlumbaan basikal Paris-Nice di Cannes, selatan Perancis. – AP
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda