Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rebut fadilat, pahala baca Al-Kahfi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Bagi merebut fadilat dan pahala, ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Besar hari ini mengadakan program membaca Surah Al-Kahfi beramai-ramai selepas sembahyang Subuh berjemaah di masjid tersebut.

    Aktiviti bertujuan bukan sahaja untuk mengimarahkan masjid, malah menggalakkan jemaah dan orang ramai meningkatkan ibadah membaca ayat-ayat suci Al-Quran secara istiqamah.

    Hadir pada program itu ialah Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Kampung Sungai Belukut, Leftenan Kolonel (B) Haji Zaini bin Haji Damit dan Penasihat AJK Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman yang menyertai jemaah membaca surah tersebut.

    Bacaan dipimpin oleh Awang Rahim bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Tamin sementara Doa Al-Kahfi dan Doa Selamat telah dibacakan oleh Imam
    Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Hanafiah bin Haji Mahmud.

    Surah Al-Kahfi yang mengandungi 110 ayat mempunyai banyak fadilat dan pengajaran dalam kehidupan antaranya para pembacanya akan dilindungi daripada fitnah dajjal dan meraih keampunan terhadap dosa-dosa mereka.

    Surah itu juga punya kelebihan yang amat berguna untuk dijadikan panduan dan peringatan kepada manusia.

    Jemaah masjid membaca surah Al-Kahfi beramai-ramai.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda