Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rebut pahala di bulan suci

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Bagi meraih keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadan yang mulia ini, warga Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, hari ini.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan 11, Jalan 77, Perpindahan Lambak Kanan itu juga diharapkan dapat mengeratkan silaturahim antara warga kementerian dan PKWE.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Hajah Norhayana Janis binti Abdullah Lim.

    Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon yang juga penghulu Mukim Berakas B; Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Dayang Saidah binti Haji Wahid; Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim dan Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Haji Abdul Rahman bin Haji Apong serta pegawai-pegawai kanan di JAPEM dan KKBS.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat manakala Takhtim, Doa Khatam dan Tahlil dibacakan Oleh Haji Sari bin Nasir.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Datin Norhayana Janis bersama tetamu khas yang lain di majlis itu.
    Warga emas yang diraikan dalam Majlis khatam Al Quran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda