Saturday, October 12, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rebut peluang menangi hadiah lumayan Guardian

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Sempena meraikan ulang tahun ke-33 tahun ini, Guardian Brunei teruja untuk mengumumkan perkongsian unik dengan Kafe Erti Kopi, sebuah kafe kegemaran tempatan yang terkenal dengan hidangan lazat dan suasana selesa.

    Kerjasama tersebut bukan saja mempamerkan kedua-dua jenama terbaik bahkan ia juga menyediakan para pelanggan peluang eksklusif untuk menyertai giveaway menarik.

    Mulai hari ini, pelanggan boleh menyertai giveaway untuk merebut peluang memenangi iPhone 16, iPad Air dan Airpod 4 apabila mereka berbelanja dengan jumlah ditetapkan dalam satu resit.

    Menariknya lagi, para peserta akan menerima penyertaan berganda bagi setiap pembelian termasuk mana-mana jenama di Guardian Brunei seperti Holistic Way, Kordel’s, Cetaphil, Skintific, Wardah, Dettol, Zeleb NMN, Sebamed, Oral 7, Nestle, Guardian Eco-Garden, Silkygirl, Airfit Med dan Kaminomoto.

    Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Guardian Brunei juga memperkenalkan menu minuman eksklusif di Kafe Erti Kopi iaitu Vitality Brew, Blissfully Green dan Guardian Angel, yang mana setiap satunya adalah minuman unik dengan campuran istimewa Erti Kopi.

    (Dari kiri) Tam Vo dan pemilik Kafe Erti Kopi, Ajai semasa melancarkan menu minuman eksklusif sempena meraikan ulang tahun ke-33 Guardian Brunei. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara yang hadir pada acara tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Tawaran istimewa ini bermula hari ini hingga akhir November.

    Ini bermakna lebih banyak awda berbelanja, lebih baik peluang untuk menang.

    Selain itu, pelanggan juga akan mendapat baucar potongan eksklusif daripada Erti Kopi dan Guardian Brunei.

    Menurut Ketua Perniagaan Guardian Brunei, Tam Vo, mereka sangat teruja bekerjasama dengan Erti Kopi bagi meraikan komuniti dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

    Oleh yang demikian, para pelanggan yang ingin menyertai giveaway itu dikehendaki untuk berbelanja dengan jumlah yang ditetapkan, kemudian imbas kod QR yang diberikan dengan menyemak halaman Instagram Guardian Brunei, seterusnya menyerahkan gambar resit sebagai bukti perbelanjaan di Guardian Brunei.

    Tiga pemenang bertuah akan diumumkan melalui laman-laman media sosial rasmi Guardian Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda