Saturday, May 10, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rebut peluang tingkat ilmu

    KUALA BELAIT, 28 JUN – Bagi menarik minat orang ramai untuk menyertai program-program pembelajaran sepanjang hayat bagi pengambilan Ogos 2019 nanti, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (C3L), Universiti Brunei Darussalam (UBD) akan mengadakan Hari Terbuka di Pusat Membeli-belah KBSentral pada Sabtu ini.

    Antara kursus-kursus pendek yang ditawarkan termasuk Project Management, Innovation and Entrepreneurship 1, Melayu Islam Beraja, Entrepreneurship and New Digital Ventures, Cost Accounting, Business and Management in Digital Economy, Consumer Behaviour, Fundamentals of Business Information Systems, Contemporary Human Resource Management, Applied Business Research, Digital Business, Principle of Photography and Photojournalism, Intellectual Property (IP) Rights and Patent Innovation, Graphic Design and Visual Communication dan sebagainya.

    Program-program ini menggunakan pendekatan pembelajaran yang fleksibel, Blended Learning, yang bermaksud penyampaian secara tradisional bersemuka, menggunakan sumber pendidikan online seperti kuliah, perbincangan dan tugasan secara online.

    Pendekatan ini membolehkan para pelajar untuk membuat pengajian pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.

    Kredit-kredit daripada kursus-kursus yang diambil boleh dikumpulkan, boleh dibawa bagi Program Ijazah Sarjana Muda atau Diploma.

    Sementara itu BSc in Digital Economy menawarkan para pelajar penggajian pelbagai bidang disiplin iaitu empat disiplin berbeza, termasuk Business and Management, Entrepreneurship, Digital Technology, dan Financial Literacy.

    Program Ijazah Sarjana Muda ini juga membolehkan para pelajar menggunakan pendekatan blended learning dan melakukan penggajian secara sambilan sehingga 10 tahun.

    Manakala PhD dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat menawarkan mereka untuk melanjutkan penggajian yang bersesuaian dengan tempat kerja dan perkembangan Brunei Darussalam.

    Program ini bertujuan untuk memudahkan para pelajar untuk mendapatkan kemahiran dan pengetahuan yang khusus melalui penyelidikan sehingga mencapai tahap kedoktoran.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hari Terbuka ini, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.ubd.edu.bn/c3l.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda