KUALA LUMPUR, 31 OGOS – Selepas berjaya melakukan transformasi sebagai syarikat gaya hidup digital, Kumpulan AirAsia kini merancang untuk memperluaskan pengetahuannya kepada masyarakat melalui program latihan semula dan peningkatan kemahiran yang dapat membantu meningkatkan kumpulan tenaga kerja negara.
Program itu, yang diperkenalkan oleh RedBeat Academy dan pada masa ini hanya untuk kakitangan dalaman AirAsia, akan membantu melengkapi pekerja dengan kemahiran digital baharu dan menjadi tenaga kerja bertaraf dunia.
RedBeat Academy adalah kerjasama antara cabang perusahaan korporat Kumpulan AirAsia, RedBeat Ventures Sdn Bhd (RBV) dan Google.
Presiden RBV Aireen Omar berkata normal baharu berikutan pandemik COVID-19 telah mendorong semua pihak untuk memulakan pendigitalan. – Bernama