Saturday, April 19, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Redmi AirDots mendapat sambutan

    Redmi AirDots adalah set fon telinga nirwayar sebenar yang dilancarkan oleh Redmi pada bulan April lepas.

    Ia menjadi popular kerana dengan harga dijual berpatutan, satu set fon telinga nirwayar sebenar dengan Bluetooth 5.0 boleh dimiliki. Ia amat murah dan hasil audionya tidak mengecewakan.

    Terkini, Xiaomi telah memaklumkan yang jualan Redmi AirDots telah berjaya dijual sebanyak 1 juta unit dalam masa sebulan sahaja. Walaupun Redmi AirDots terhad untuk pasaran China namun populariti aksesori audio ini tidak boleh dibayangkan dan tidak disangka.

    Adakah anda salah seorang pemilik Redmi AirDots? Jika ya, apakah sebab anda beli, adakah kerana murah atau ingin mencuba sesuatu yang baharu? – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda