Pada bulan Mei lepas, Redmi telah melancarkan RedmiBook 14, iaitu komputer riba jenis ultrabook yang lebih murah daripada Xiaomi.
Pada pelancaran mereka hanya memperkenalkan dua variasi, iaitu Intel Core i5 dan i7 sahaja.
Terkini, Redmi telah melancarkan RedmiBook 14 yang dikuasakan dengan Intel Core i3 pula.
Model ini menggunakan cip Intel generasi kelapan dan dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 256GB SSD.
Lain-lain adalah sama sahaja dengan model sebelumnya, seperti skrin 14-inci bezel nipis, berat sekitar 1.5KG, mempunyai banyak port, bateri sehingga 10 jam dan juga pembesar suara dengan pengoptimuman DTS. – Agensi
