LIVERPOOL, 26 April – Jurgen Klopp akan menghantar skuad Liverpool untuk terus gelaran Liga Perdana menentang pasukan yang tersingkir Huddersfield ketika dia sendiri sudah sedia maklum bahawa dia sudah menulis semula rekod buku kelab tersebut.
Satu-satunya persoalan yang masih kekal dalam saingan sengit mereka bersama Manchester City kendalian Pep Guardiola ialah sama ada ia mencukupi untuk menamatkan penantian selama 29 tahun kelabnya untuk menjulang mahkota liga Inggeris.
Kemenangan hujung minggu di Cardiff memastikan Liverpool mengutip 88 mata, kutipan terbanyak yang mereka pernah rekodkan dalam era Liga Perdana dan memastikan Reds dalam laluan untuk selesai dengan 97 mata jika mereka memenangi baki tiga perlawanan.
Dengan pengecualian 100 mata yang dikumpulkan oleh City ketika memenangi kejuaraan itu 12 bulan lalu, belum ada pasukan dalam sejarah Liga Perdana yang mencatatkan sehingga 97 mata, tanpa mengira kedudukan penyudah mereka.
Begitu juga dengan Liverpool yang pada masa ini mengumpulkan 88 mata sudah cukup untuk selesai di tempat pertama dalam 14 daripada 26 musim Liga Perdana.

Ia bermakna pasukan Klopp akan menamatkan musim ini dengan purata mata ketiga tertinggi dalam sejarah Liga Perdana dan masih melihat kekecewaan penantian mereka bagi kemarau gelaran berterusan sekurang-kurangnya untuk tempoh 12 bulan seterusnya.
Buku catatan tersebut tidak menawarkan lebih banyak harapan kepada Liverpool, dengan City memenangi 25 daripada 27 perlawanan liga yang lalu dan perlawanan merebut piala sekurang-kurangnya lewat tahun lepas, walaupun jika Liverpool sendiri hanya tewas sekali perlawanan (kepada City pada Januari lalu) sepanjang liga musim ini.
Guardiola sudah menggelar pasukan Klopp masa ini sebagai pasukan Liverpool yang hebat yang pernah dilihatnya, dakwaan menarik yang disokong sekurang-kurangnya pada satu kedudukan menerusi statistik.
Menyesuaikan dua mata lama kepada tiga mata untuk kemenangan, satu-satunya kempen kelompok teratas di mana Liverpool telah menamatkan lebih banyak mata berbanding keseluruhan mereka sekarang ialah pada 1978/79 (98) dan 1987/88 (90), bermakna kemenangan ke atas Huddersfield akan meninggalkan vintaj 2018/2019 sebagai pasukan kedua terbaik Liverpool, sekurang-kurangnya dari segi kutipan mata.
Biarpun tekanan jelas dan fakta yang membawa kepada kedudukan teratas telah bertukar tangan tidak kurang daripada 28 kali musim ini, Klopp masih bersemangat dalam sidang akhbar pra perlawanan.
Pengurus dari Jerman itu membuat gurauan yang merujuk kepada filem ‘Highlander’ apabila menganalisis kedudukan liga.
“Salah seorang daripada kami sama seperti Highlander yang akan berada di sana pada akhirnya,” kata Klopp yang merujuk kepada frasa terkenal dari filem tersebut, ‘Hanya seorang boleh’.
“Tetapi kami tidak hanya beraksi untuk menjadi juara pada akhir musim,” katanya. “Ia adalah keutamaan, sasaran besar. Pasukan ini mencubanya dari mula dan kami jelas menghampiri kedudukan itu dan masih berpeluang untuk melakukannya.
Kami akan melihat apa yang berlaku sehingga akhir musim.”
Kedua-dua pasukan dilihat menghadapi tugasan sukar mereka selepas City menang persaingan tetangga Manchester 2-0 Rabu lalu.
Pasukan Guardiola sekarang menghadapi Burnley, Leicester dan Brighton, sementara pasukan Klopp akan menentang Newcastle dan Wolves selepas menentang Huddersfield.
“Jika kami melakukan, kami akan melakukannya,” kata Klopp. “Jika tidak, tidak ada kekesalan, selama mana kami memberikan yang terbaik. Saya melihat seluruh musim dari para pemain tetapi masih lagi musim ini, bagaimana pun ia sudah berakhir, ia langkah pertama dalam kawasan tersebut. Kami bukanlah artikel yang sudah selesai.”
Kecergasan Fabinho, Louvren dan Lallana masih lagi diragui menjelang pertemuan dengan Huddersfield. – AFP