Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Reds jumpa Napoli lagi

    MONACO, 30 OGOS – Juara bertahan Eropah Liverpool berdepan sekali lagi Napoli dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat dua musim berturut-turut manakala Barcelona menghadapi cabaran lebih getir selepas sesi undian di Monaco, hari ini.

    Skuad kendalian Jurgen Klopp turut diundi bersama juara Austria, Salzburg dan juara Belgium, Genk dalam Kumpulan E.

    Sementara itu, Barcelona perlu berdepan Borussia Dortmund dan Inter Milan selepas ketiga-tiga bekas juara itu diundi dalam kumpulan sama Liga Juara-Juara, manakala juara bertahan Liverpool sekali lagi akan bertemu Napoli.

    Barcelona, Dortmund dan Inter, dengan sembilan Kejuaraan Eropah antara mereka, diundi dalam Kumpulan F bersama juara Czech Slavia Prague.

    Ditewaskan oleh Liverpool pada aksi separuh akhir musim lalu, Barcelona kekal sebagai pasukan pilihan untuk mara dalam usaha mereka memburu mahkota pertama Liga Juara-Juara sejak tahun 2015.

    Dortmund memenangi trofi berkenaan pada tahun 1997 dan tewas pada final 2013. Kini di bawah kendalian Antonio Conte, Inter menewaskan Barcelona pada separuh akhir sebelum menjulang kejuaraan ketiga mereka pada tahun 2010.

    “Ia kumpulan yang amat sukar, menjadikannya cabaran yang lebih besar buat kami,” kata pengendali Dortmund Lucien Favre yang pasukannya akan melayan kunjungan Barca pada perlawanan pembukaan 17 September nanti.

    Liverpool yang tewas di Naples setahun lalu akan kembali ke San Paolo untuk perlawanan pertama pada 17 September. Kedua-dua kelab itu diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk mara daripada Kumpulan E yang turut dibarisi juara Austria Salzburg dan Genk, juara Belgium.

    “Napoli lagi! Saya tidak tahu berapa kali sudah bertemu Napoli, tetapi jelas sekali mereka adalah pasukan berpengalaman,” kata pengendali Liverpool Jurgen Klopp. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda