SOUTHAMPTON, 31 Dis – Pengurus Manchester City Pep Guardiola (gambar bawah) memberi amaran bahawa kegagalan menewaskan Liverpool di Stadium Etihad awal pagi Jumaat bermakna usaha mereka memburu kejuaraan berakhir.
Juara bertahan itu merapatkan jurang dalam usaha mengekalkan trofi Liga Perdana dengan membenam cabaran Southampton 3-1 semalam selepas tewas mengejut kepada Crystal Palace dan Leicester.
Bagaimanapun City masih ketinggalan tujuh mata di belakang Liverpool yang kini menghuni kedudukan teratas.
David Silva membolehkan Manchester City mendahului pada minit ke-10 selepas mensia-siakan beberapa peluang awal dan memberikan ruang kepada Pierre-Emile Hojbjerg menyamakan kedudukan pada minit ke-37. – AFP