Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Reed, Noren kongsi kedudukan pusingan pertama

    LOS ANGELES, 29 JAN – Bekas juara Masters, Patrick Reed langkah kanan selepas mempamerkan aksi cemerlang di Torrey Pines apabila mencatat lapan bawah par 64 untuk berkongsi kedudukan dengan pendahulu dari Sweden, Alex Noren pada pusingan pertama Jelajah PGA Terbuka Farmers Insurance.

    Reed memulakan aksi dengan melakukan pukulan tiga birdie berturut-turut pada lubang ke-10, 11 dan 12 dan menambah satu lagi di lubang ke-10.

    Dia kemudian membuat pukulan empat lagi birdie termasuk tiga pukulan birdie berturut-turut di lubang kelima, enam dan tujuh.

    “Saya beraksi dengan selesa hari ini dan dapat melakukan pukulan dengan baik,” kata Reed yang menduduki ranking ke-11 dunia selepas gagal melepasi cut di La Quinta, California, minggu lalu. – AFP

    Aksi Patrick Reed ketika melakukan pukulan di lubang ke-6 semasa pusingan pertama Terbuka Farmers Insurance di Torrey Pines semalam di San Diego, California. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda