DAMSYIK, 3 Ogos – Pertahanan udara Syria semalam terlibat dalam ‘serangan musuh’ di barat Damsyik, menurut laporan media negara itu.
Pertahanan udara kami bertindak balas terhadap serangan musuh, yang memusnahkannya di barat Damsyik, menurut agensi berita negara SANA memetik satu sumber tentera sebagai berkata tanpa sebarang maklumat lanjut.
Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria berkata “serangan peluru berpandu telah menyasarkan kedudukan tentera rejim dan pro-rejim di barat Damsyik” dengan tidak mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab serangan itu.

Rejim Damsyik yang disokong Moscow sering kali menuduh Israel terhadap serangan yang dilancarkan ke atas kedudukan tentera rejim itu.
Sejak 2013, Israel telah melancarkan beberapa serangan di Syria yang dilanda perang, dengan menyasarkan tentera rejim dan sekutunya dari Iran dan Lubnan iaitu militia Hizbullah.
Bulan lalu, Syria telah menuduh Israel ke atas pengeboman sebuah kedudukan tentera di Aleppo, menyebabkan kira-kira sembilan pejuang prorejim terbunuh, menurut laporan Pemerhati. – AFP