Pelakon Indonesia, Nagita Slavina menerima sindiran warganet apabila mengenakan beg tangan dengan rekaan ringkas sewaktu menghadiri pelepasan kapal bantuan ke Palestin.
Memetik laporan mStar, pada majlis berkenaan, isteri kepada Raffi Ahmad itu memakai baju putih bersama seluar hitam dan membawa beg tangan berwarna perak.
Biarpun nampak ringkas, beg yang dibawa Nagita rupa-rupanya jenama fesyen terkenal iaitu Bottega Veneta.
Meskipun menerima pandangan buruk berhubung rekaan namun beg itu dianggarkan berharga RM16,500.
Walaupun harganya mahal, reka bentuk beg itu menjadi bahan ejekan warganet dan berpendapat tidak semewah harganya.
“Beg Botega mungkin mahal, tetapi reka bentuknya tak nampak mewah.
“Reka bentuk apa ini? Tapi yang pelik ada juga yang beli beg tu ya,” tulis warganet.
Untuk info, beg tangan Bottega Veneta dikatakan cukup popular di dunia dan ia direka oleh pereka British, Daniel Lee.
Bottega Veneta kini menjadi salah satu peneraju industri beg tangan. – Agensi