Oleh Amri HTZ –
Menyelesaikan tugas pejabat yang berbaki di rumah memerlukan sebuah ruangan khas yang membolehkan tumpuan diberikan sepenuhnya.
Peralatan kerja seperti komputer dan alat tulis perlu tersedia bagi memastikan kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Selain itu, meja kerja khusus juga diperlukan bagi menempatkan barangan sedemikian. Oleh itu projek ini akan membawa awda untuk menelusuri projek rekaan meja daripada slab kayu yang setentunya juga berfungsi bagi menghiasi ruangan bilik.
Barangan diperlukan
• Mesin mitre
• Pahat kayu
• Berus cat
• Mesin gerudi
• Pemutar skru
• Mesin kimpal
• Kertas pasir
• Mesin pemotong kayu
• Meisn router
• Slab kayu
• Besi flat bar
• Cat besi dan kayu
• Mesin grinder
Mula langkah pembuatan
Slab kayu yang telah dipilih kemudian dipotong menggunakan mesin gergaji rantai dengan tebal sekurang kurangnya 5”. Ini bagi memastikan ketika ia mengering sepenuhnya tidak akan berubah atau berlakunya twist. Untuk panjang dan lebar kayu perlulah mengikut kesesuaian ruangan di mana ia ditempatkan. (gambar2)
Permukaan kasar terhasil daripada langkah pemotongan sebelumnya akan diratakan menggunakan ketam kayu diikuti dengan kertas pasir. Mulakan dengan kertas pasir berukuran 60 grit, diikuti dengan 150 grit, 220 grit dan 400 grit. Dalam mendapatkan permukaan yang benar-benar halus, awda juga boleh menggunakan 1,000 grit pada pengakhiran. (gambar3)
Pada bahagian sisi kayu di mana terdapat kulit kayu pada asalnya akan dibuang menggunakan pahat kayu. Sementara bahagian permukaan dalamnya akan dibersihkan menggunakan wire brush disc. Lakukan langkah ini dengan kelengkapan perlindungan diri bersesuaian memandangkan dawai daripada wire brush amat berbahaya ketika ia terputus. (gambar4)
Dalam memastikan bahagian sisi (tempat potongan kayu) rata, awda perlu memastikan ia ditandakan menggunakan pensel dan selaras dengan bahagian hujung yang satu lagi. Langkah ini tidaklah perlu dilakukan dengan benar-benar tepat memandangkan live edge merupakan tema utama rekaan seolah-olah bahagian tepi yang tidak sempurna. Bagi memudahkan proses, guna circular saw. (gambar5)
Besi bahagian atas dan kaki meja
Pada bahagian atas meja, plat besi berukuran 3” lebar akan ditempatkan pada kedudukan yang selaras dengan kaki meja nanti. Bagi memastikannya sama rata dengan permukaan meja, ruangan dengan lebar dan ketebalan besi digunakan akan direka menggunakan mesin router. (gambar6)
Sebelum menetapkan plat besi tersebut menggunakan gam silikon pada bahagian bawahnya, pastikan kedua-dua bahagian hujung besi mempunyai bentuk yang sama dengan sisi kayu. Selain itu permukaannya juga akan dibersihkan menggunakan kertas pasir kemudian disemburkan dengan cat clear untuk melindunginya. (gambar7)
Besi yang telah dilindungi dengan cat kemudiannya akan ditempatkan pada ruangan yang direka sebelumnya. Pastikan keseluruhan permukaan besi disapukan dengan gam silikon untuk memastikan ia kekal pada kedudukannya. (gambar 8)
Manakala bagi kaki meja, ketinggian diperlukan lebih kurang 29”. Lebarnya pula harus kecil sedikit iaitu 2” dari kedua-dua bahagian sisi meja. Potong menggunakan grinding disc dengan berhati-hati. Dua set bahagian kaki yang sama ukurannya diperlukan pada langkah ini. (gambar 9)
Ketika proses mengimpal, gunakan alat pengepit untuk mengekalkan kedudukan setiap besi sementara permukaan cantuman dikimpal. Sesuaikan voltan mesin mengikut ketebalan besi ketika mengimpal. (gambar 10)
Tetapkan kaki meja
Untuk menetapkan kaki meja, langkah mereka ruangan untuk menjadikan besi berada pada kedudukan yang sama rata dengan permukaan bawah akan melalui proses yang sama seperi besi permukaan atas meja. (gambar 11)
Perkongsian tips
• Slab kayu yang digunakan perlu kering sepenuhnya sebelum dipotong
bagi mengelakkan perubahan ketika ia mengering
• Alat ketam yang tajam akan memudahkan lagi proses meratakan permukaan kayu
• Sapu wood finish lebih daripada satu lapisan akan melindungi lagi permukaan kayu