Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Reka permainan baharu sempena cuti sekolah

    Oleh Amri HTZ –

    Menjelang cuti persekolahan, ramai ibu bapa telah merancang pelbagai aktiviti untuk dilakukan dengan anak-anak bagi meluangkan masa bersama.

    Aktiviti baharu seperti permainan Molkky tidak memerlukan bajet besar untuk merekanya dan cara mainannya juga ringkas seperti main boling dengan menyasarkan kayu-kayu bernombor.

    Antara barang yang diperlukan

    Mesin pemotong kayu
    Gergaji rantai
    Ketam kayu
    Pita pengukur
    Woodworking vise
    Kertas pasir
    Alat woodburning
    Kayu (log)
    Templat bentuk bulat

    LANGKAH PERTAMA PEMBUATAN

    Untuk merekanya, pilih kayu alami yang terbiar, pastikan ia cukup kering untuk digunakan. Belah kayu menggunakan mesin gergaji rantai dengan ketebalan lebih kurang 3 inci. Menggunakan rantai mesin khusus membelah kayu untuk menjadi papan amat memainkan peranan dalam langkah ini. (gambar 2)

    Setelah membelahnya, potongkan dengan panjang lebih kurang 14 inci. Selain menggunakan mesin pemotong kayu circular, penggunaan gergaji secara manual juga mampu memberikan hasil akhir yang sama. Langkah ini diikuti dengan memotong lebar kayu lebih kurang 7cm. Untuk memudahkan proses, tetapkan kedudukan material potongan pada alat vise. (gambar 3)

    Permukaan kasar kayu hasil potongan sebelumnya kemudiannya akan diratakan menggunakan ketam kayu. Pastikan alat ketam cukup tajam bagi melaksanakan langkah tersebut dengan mudah. Selain itu, kedalaman bilah ketam yang ditetapkan juga memainkan peranan ketika menyorongnya. (gambar 4)

    Gambar 1. – Gambar oleh BossyRangs
    Gambar 2. – Gambar oleh BossyRangs
    Gambar 3. – Gambar oleh BossyRangs
    Gambar 4. – Gambar oleh BossyRangs
    Gambar 5. – Gambar oleh BossyRangs
    Gambar 6. – Gambar oleh BossyRangs
    Gambar 7. – Gambar oleh BossyRangs
    Gambar 8. – Gambar oleh BossyRangs
    Gambar 9. – Gambar oleh BossyRangs
    Gambar 10. – Gambar oleh BossyRangs
    Gambar 11. – Gambar oleh BossyRangs
    Gambar 12. – Gambar oleh BossyRangs

    PENTINGNYA TEMPLAT UNTUK MEMBENTUK KAYU

    Templat berbentuk bulat tersedia dengan diameter lebih kurang 6cm diperlukan untuk melakar bentuk diperlukan pada permukaan sisi kayu. Ketika melakarnya, pastikan garisannya cukup jelas untuk dijadikan panduan. (gambar 5)

    Menetapkan semula material pada alat vise, mula proses membentuk kayu menjadi bentuk bulat. Dahulukan proses membulatkan permukaan kayu dengan meratakan permukaan menajam di setiap sudut kayu. (gambar 6)

    Setelah permukaan kayu yang diratakan hampir membulat, tetapkan kedudukan bilah ketam kayu menjadi lebih nipis. Ini bagi memastikan tidak terdapat kesilapan dalam membentuk permukaan (terlebih potong). (gambar 7)

    HALUSI PERMUKAAN KAYU

    Proses menghalusi permukaan kayu untuk menjadi lebih bulat akan dilaksanakan menggunakan kertas pasir. Menggunakan kertas pasir 80 grit, gosok permukaan
    kayu sehingga tidak terdapat permukaan yang bertingkat.

    Ini diikuti dengan kertas pasir 180 grit dan diakhiri dengan 400 grit. (gambar 8)

    Langkah seterusnya ialah memotong salah satu bahagian hujung kayu dengan bentuk 45 darjah. Sebelum membolehkan awda melakukannya, permukaan kayu perlu ditandakan menggunakan alat khusus terlebih dahulu. (gambar 9)

    Permukaan yang telah ditandakan akan dipotongkan dengan gergaji. Menggunakan bilah gergaji yang mempunyai mata potongan halus disarankan pada langkah ini bagi memastikan kayu tidak mudah rosak. Setiap satu kayu akan dipotongkan dengan panjang lebih kurang 15cm. Sementara untuk kayu yang akan dilempar, kayu panjang 17cm dengan kedua-dua bahagian hujung mempunyai sudut 90 darjah diperlukan. (gambar 10)

    Dengan 15 batang kayu telah dipotong panjang 15cm dan bentuk 45 darjah pada bahagian hujungnya, langkah seterusnya ialah menandakan setiap satu dengan nombor khusus.

    Cetak nombor satu hingga 15 menggunakan mesin pencetak. Setelah memotongkan nombor tersebut, lekat dan bakar permukaan kayu dengan sudut 45 darjah menggunakan alat woodburning. (gambar 11)

    PORSES AKHIR REKAAN

    Langkah terakhir ialah melindungi permukaan kayu dengan wood finish pilihan daripada kelembapan memandangkan ia akan dimainkan di luar rumah.

    Pilih wood finish yang mempunyai warna cerah bagi mengekalkan warna asli kayu.
    Untuk mengetahui cara bermain, awda bolehlah melihat video-video yang dikongsi di dalam internet. Semoga berjaya!

    Tip

    Pilih kayu yang tidak terlalu lembut agar alat permainan yang direka mampu bertahan lama ketika dimainkan atau disimpan.

    Asah bilah alat ketam sehingga tajam sebelum memulakan proses mengetam menggunakan batu asah berukuran 1,000, 5,000 dan diakhiri dengan 10,000 grit.

    Berhati-hati ketika mengendalikan alat woodburning memandangkan ia cukup panas untuk membakar sebarang material yang mengenainya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda