Wednesday, October 16, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rekaan bertema kayu ‘terenggang’ curi perhatian

    Oleh Amri HTZ –

    Mengolah sesuatu barangan terbiar atau terbuang menjadi sesebuah karya yang boleh diketengahkan setentunya mempamerkan kreativiti individu tersebut.

    Selain itu, memandangkan bahan utama diperoleh dengan percuma, ia juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan. Salah satu bahan yang mudah untuk diolah dan diperoleh ialah kayu. Dengan bentuk luaran dan ira kayu alami yang menarik, ia setentunya mampu dirubah menjadi sebuah karya hebat dan unik.

    Apakah barang diperlukan?

    Mesin gergaji rantai
    Threaded hook
    Mesin gerudi
    Flapping disk
    Mesin jigsaw
    Kertas pasir
    Alat pengapit
    Grinding bit
    Mesin grinder
    Mesin kimpal

    POTONG KAYU GUNA GERGAJI RANTAI

    Kayu yang dipilih dalam projek ini mempunyai bentuk luaran yang luar daripada kebiasaan bagi menambah keunikan rekaan. Setelah memilih kayu yang dikehendaki, potong kayu tersebut dengan tebal lebih kurang 3 inci dengan diameter 12 inci. Kemudian ratakan permukaan depan dan belakang kayu sama ada menggunakan ketam kayu atau kertas pasir. (gambar 2)

    Setelah meratakan permukaannya, alat pengapit akan digunakan untuk mengekalkan kedudukan material yang dikerjakan sementara awda membuangkan kulit kayu. Selain alat pengapit, juga boleh menggunakan wood vise. Pahat kayu akan digunakan untuk membuangkan kulit kayu. (gambar 3)

    Bagi awda yang ingin mengubah ketebalan kayu yang dirasakan lebih sesuai dan selesa, langkah tersebut boleh dilakukan sebelum awda membentuk permukaan luaran rekaan menggunakan mesin jigsaw nanti. Untuk itu, gunakan alat pengapit atau vise bagi mengekalkan kedudukannya sementara memotongnya menggunakan mesin gergaji rantai. (gambar 4)

    Gambar 1. – Gambar oleh DonnaZ8
    Gambar 2. – Gambar oleh DonnaZ8
    Gambar 3. – Gambar oleh DonnaZ8
    Gambar 4. – Gambar oleh DonnaZ8
    Gambar 5. – Gambar oleh DonnaZ8
    Gambar 6. – Gambar oleh DonnaZ8
    Gambar 7. – Gambar oleh DonnaZ8
    Gambar 8. – Gambar oleh DonnaZ8
    Gambar 9. – Gambar oleh DonnaZ8
    Gambar 10. – Gambar oleh DonnaZ8
    Gambar 11. – Gambar oleh DonnaZ8

    LAKAR BENTUK DIPERLUKAN

    Jika kayu yang diperoleh tidak mempunyai bentuk luaran yang disukai, gunakan mesin jigsaw untuk memotong bentuk yang awda perlukan. Sebelum itu lakar permukaan kayu dengan bentuk diperlukan menggunakan pensel. (gambar 5)

    Ketidaksempurnaan bentuk luaran yang terhasil daripada proses pemotongan menggunakan mesin jigsaw boleh diperhalusi dengan mesin grinder dilengkapi flapping disk. Gunakan disk dengan permukaan kasar seperti 40 grit untuk mempercepat proses. (gambar 6)

    TEBUK LUBANG KHUSUS CANGKUK

    Memandangkan tema rekaan ini untuk mereplikakan kayu yang direnggangkan, terdapat lima sudut dibentuk, kemudian ditebuk bagi menempatkan cangkuk besi. Menggunakan mata gerudi berdiameter ¾ inci, tebuk kayu lebih kurang 1 inci daripada bahagian hujung. (gambar 7)

    Setelah menebuknya, lubang tersebut akan dibesarkan lagi permukaannya menggunakan grinding bit berbentuk bulat. Selain menggunakan mesin khusus untuk grinding bit, menggunakan mesin gerudi juga mampu mendapatkan hasil akhir sama walaupun memakan lebih masa. (gambar 8)

    Langkah membentuk permukaan kayu seperti sesuatu yang diregangkan akan diberikan lebih detil menggunakan grinding bit berbentuk kon. Bentuk akhir yang diperlukan di sini ialah teardrop, oleh itu ia memerlukan awda menggunakan bit berbentuk kon tersebut untuk mencapainya. (gambar 9)

    PAHAT KAYU SEMPURNAKAN BENTUK

    Dalam memastikan bentuk kayu yang direnggangkan tersebut seperti sebenar, pahat kayu akan digunakan untuk menghalusinya. Menggunakan bantuan tukul getah, lorek permukaan kayu dengan perlahan-lahan sehinggalah dirasakan memadai. (gambar 10)

    Langkah terakhir dalam projek ini ialah membentuk bingkai untuk memaut cangkuk besi
    tersedia.

    Menggunakan flat bar lebar 3 inci, potong besi tersebut dengan panjang diperlukan untuk membentuk bulatan sesuai rekaan. Bagi mendapatkan ukuran diperlukan, gunakan benang sebagai pengganti alat pengukur. Besi yang dipotong kemudian dibentuk menjadi bulat dan dikimpal untuk mencantumkannya. Ini diikuti dengan menebuk lubang pada bingkai untuk cangkuk besi tersedia bagi memuatkan rekaan. (gambar 11)

    Tip rekaan

    Sapu permukaan rekaan menggunakan wood finish untuk menimbulkan corak atau ira kayu yang terdapat pada permukaannya.

    Potong lebihan besi cangkuk setelah mengetatkannya pada bingkai rekaan.

    Lindungi permukaan bingkai daripada karat dengan menyemburkannya menggunakan cat besi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda