Monday, March 10, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rekha pernah dipukul dengan selipar oleh bakal mentua

    Mengimbas kembali kisah pelakon Bollywood terdahulu, Rekha pernah digosipkan telah berkahwin secara rahsia dengan aktor Vinod Mehra. Ini kerana mereka pernah menjalinkan hubungan ketika pertama kali bertemu di set penggambaran.

    Memetik laporan Murai.My, bermula sebagai rakan pelakon, hubungan mereka menjadi lebih rapat sehinggalah ramai yang mengatakan Rekha dan Vinod telah melangsungkan perkahwinan yang tidak diketahui umum. Selepas berkahwin, Vinod dengan gembiranya membawa Rekha ke rumahnya.

    Namun kegembiraan itu tidak kekal lama apabila keluarga Vinod, terutama ibunya menjadi sangat marah apabila mendengar khabar angin ini. Rupanya, ibu Vinod tidak menggemari hasil kerja dan penampilan Rekha.

    Ibu Vinod tidak merestui hubungan anaknya dengan Rekha, sampaikan dia pernah memalukan aktres itu di hadapan keluarga besar kerana berkahwin secara rahsia. Vinod kemudiannya menjelaskan kepada ibunya mengenai tindakannya, tetapi dia dijerit dan diminta diam.

    Keadaan menjadi tegang apabila ibu Vinod mengambil seliparnya dan memukul Rekha supaya dia meninggalkan rumah Vinod. Selepas insiden kontroversi itu tersebar, Rekha mendedahkan hubungannya dengan Vinod.

    Sambil itu, Rekha menambah ibu Vinod menggelarnya sebagai pelakon yang mempunyai masa lalu yang buruk dan gila seks.

    Sekadar rekod, Rekha menafikan perkahwinan itu dalam sebuah temu bual, menegaskan mereka hanya rapat dan menjalinkan hubungan platonik. – Agensi

    Rekha pernah dimalukan di hadapan keluarga besar ibu mertuanya kerana berkahwin secara rahsia. – The Talented Indian
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda