Monday, December 23, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rekod jaringan ‘Supermokh’ dapat pengiktirafan FIFA

    KUALA LUMPUR, 30 JUN – Di sebalik kejayaan dua bintang bola sepak terkemuka dunia buat masa ini, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, legenda bola sepak Malaysia Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari turut mendapat pengiktirafan antarabangsa dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

    Allahyarham Mokhtar, yang menggegar dunia bola sepak Asia era 70-an dan 80-an sebelum bersara akibat penyakit saraf diiktiraf badan sukan dunia itu sebagai penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman menerusi entri Twitternya, semalam.

    Dikenali sebagai ‘Supermokh,’ beliau telah meledak sebanyak 89 gol dalam 131 penampilan bersama skuad Harimau Malaya.

    Catatan itu hanya diatasi oleh legenda dan penyerang Iran, Ali Daei dan bintang Portugal, Ronaldo yang berkongsi rekod sebagai penjaring terbanyak selepas masing-masing menjaringkan 109 gol.

    Rekod jaringan Allahyarham Mokhtar juga, mengatasi pencapaian legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan, dan bintang Brazil, Pele yang meledak 77 gol.

    Bintang Barcelona, Messi berjaya memasuki senarai sembilan pemain paling banyak mencipta jaringan di peringkat antarabangsa selepas meledak dua gol untuk membantu Argentina membenam Bolivia 4-1 dalam aksi Copa America yang masih berlangsung. – Bernam

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda