Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rekod memalukan Serena

    MELBOURNE, 24 JAN – Juara tujuh kali, Serena Williams menerima tamparan hebat apabila buat kali pertama dia tersingkir di pusingan awal Terbuka Australia dalam tempoh 14 tahun, sebentar tadi.

    Detik malang menimpa pemain Amerika Syarikat (AS) itu selepas dia tewas kepada pemain China, Wang Qiang 6-4 6-7(2) 7-5 dalam aksi pusingan ketiga.

    Kemenangan itu menyaksikan Wang yang tewas kepada lawan itu ketika suku akhir Terbuka AS mengakhiri misi Serena untuk merekodkan gelaran ke-24 Grand Slam di Melbourne Park.

    “Saya fikir pasukan percaya saya boleh melakukannya. Selepas kali terakhir (bertemu Serena) saya bekerja keras ketika di dalam dan luar gelanggang dan hasilnya adalah menerusi kemenangan ini.

    “Ketika set kedua, saya sedikit keliru tetapi saya sedar saya perlu fokus pada setiap mata,” kata Wang.

    Wang, 28, berkata sambutan Tahun Baharu Cina perlu ditangguhkan terlebih dahulu yang mana dia perlu fokus kepada pertembungan pusingan keempat menentang Ons Jabeur yang menundukkan rakan baik Serena, Caroline Wozniacki. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda