Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rekod tanpa kalah Spurs berakhir

    LONDON, 7 NOV – Chelsea mengakhiri rekod tanpa kalah Tottenham yang bermain dengan sembilan pemain dalam perlawanan Liga Perdana musim ini apabila Nicolas Jackson mencipta hatrik dalam kemenangan 4-1 pada awal pagi tadi.

    Jurulatih Chelsea, Mauricio Pochettino, berjaya meraih kemenangan ke atas Tottenham dalam kunjungannya yang pertama ke kelab tersebut sejak dia dipecat pada 2019.

    Tetapi misi membalas dendam pemain Argentina itu dibayangi oleh insiden kontroversi yang luar biasa termasuk kad merah untuk duo Tottenham, Cristian Romero dan Destiny Udogie.

    Dejan Kulusevski memberikan Tottenham pendahuluan awal, tetapi Romero dibuang padang selepas melakukan kekasaran yang membawa kepada gol penyamaan oleh Cole Palmer menerusi sepakan penalti sebelum separuh masa.

    Pengadil Michael Oliver dan pegawai VAR telah bekerja keras untuk membuat keputusan sebelum akhirnya menghantar Udogie keluar awal selepas rehat kerana telah menerima kad kuning kedua.

    Meskipun kedua-dua pasukan berjaya menjaringkan gol namun telah dibatalkan oleh VAR, manakala nasib buruk yang menimpa Tottenham antaranya termasuk kecederaan pemain England, James Maddison dan pertahanan Belanda, Micky van de Ven, pada separuh masa pertama.

    Chelsea akhirnya dapat memanfaatkan kelebihan bermain dengan jumlah pemain yang ada setelah penyerang dari Senegal, Jackson, menjaringkan tiga gol pada minit-minit terakhir perlawanan dan membawa kepada kekalahan pertama Tottenham dalam 11 perlawanan liga.

    Pasukan Ange Postecoglou kekal di tempat kedua, satu mata di belakang pendahulu Manchester City, manakala Chelsea naik ke tangga ke-10 selepas kemenangan pertama mereka dalam tiga perlawanan liga.

    “Siasatan terperinci akan diadakan terhadap setiap keputusan di sana, saya rasa itulah cara permainan ini berjalan dan saya tidak suka,” kata Postecoglou. – AFP

    Jackson meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol keempat pasukannya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda