KUCHING, 30 JULAI – Seorang remaja berusia 13 tahun antara 17 individu yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak dalam Operasi Perdana untuk membanteras penyalahgunaan dadah yang dijalankan minggu lepas.
AADK dalam kenyataannya hari ini berkata hasil risikan dan maklumat awam, AADK menyerbu beberapa lokasi panas di ladang kelapa sawit di Kota Samarahan serta Asajaya yang disyaki menjadi tempat untuk melepaskan gian.
“Dalam serbuan itu, AADK telah memeriksa sejumlah 28 individu dan menahan 17 individu berusia antara 13 hingga 47 tahun kerana positif dadah jenis Methamphetamine.” – Bernama