Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja 15 tahun tega tembak dan tikam ibu bapa, bakar rumah

    CHATEAUVILAIN, 4 DIS – Seorang remaja yang disyaki membunuh ibu bapanya dan membakar rumah mereka telah ditangkap pada hujung minggu, mengejutkan penduduk sebuah kampung di tenggara Perancis.

    Remaja berusia 15 tahun itu hanya dikenali sebagai Valentin, ditangkap pada Sabtu lalu selepas dua mayat ditemui di rumah keluarganya yang hangus terbakar di Chateauvilain, sebuah perkampungan yang mempunyai hampir 800 penduduk antara Lyon dan Grenoble.

    Remaja itu telah mengaku membunuh ibu bapanya, menurut pejabat pendakwa raya.

    “Saya boleh mengesahkan bahawa Valentin telah mengaku kepada polis mengatakan dia telah membunuh ibu bapanya,” kata pendakwa raya, Grenoble Eric Vaillant kelmarin.

    Rumah ladang usang yang didiami keluarga itu telah dibakar pada akhir November. Remaja itu menghilangkan diri selepas itu.

    Gambar Freepik

    Dia berjaya dijejaki dan ditangkap di bandar Montpellier di selatan Perancis pada Sabtu dan ditahan.

    Penyiasat berkata bahawa dua mayat ‘yang rentung hampir seluruhnya’ telah ditemui dalam rumah itu.

    Mayat itu mempunyai ‘luka tembakan di tengkorak’ dan seorang lagi mempunyai kesan luka di dada.

    Ujian forensik masih dijalankan untuk mengenal pasti mangsa.

    “Ini adalah tragedi yang mengerikan. Saya amat terkejut,” beritahu datuk bandar tempatan, Daniel Gaude kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda