Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja AS manusia pertama kalahkan Tetris

    LOS ANGELES, 4 JAN – Seorang remaja Amerika Syarikat (AS) telah menewaskan permainan komputer klasik Tetris, memaksanya menamatkan permainan dalam pencapaian yang sebelum ini hanya dicapai oleh kecerdasan buatan.

    Willis Gibson, 13, pemain yang berdaya saing yang dikenali sebagai ‘blue scuti,’ menjadi manusia pertama yang mencapai ‘skrin pembunuh’ versi permainan teka-teki Nintendo, ketika rakan-rakan pemain mengikuti perkembangannya dalam talian.

    “Saya tidak dapat merasakan jari saya,” tambahnya tercungap-cungap.

    Emosi itu berbeza sekali dengan permainan 35 minit sebelumnya di mana Willis, dari Oklahoma, duduk tidak bergerak sepanjang masa sementara menatal jarinya dengan pantas menggunakan alat kawalan.

    “Ia tidak pernah dilakukan oleh manusia sebelum ini,” kata Presiden Kejohanan Dunia Tetris Klasik, Vince Clemente, menurut The New York Times.

    Idea seorang jurutera perisian Soviet, Tetris ialah permainan yang mudah tetapi amat ketagihan di mana pemain mesti menggerakkan dan mengawal blok pelbagai bentuk yang jatuh untuk dipadankan bersama dan mewujudkan garisan bentuk padu di dalam kotak.

    Blok jatuh semakin cepat apabila pemain mara ke peringkat seterusnya, sehingga ke Tahap 29, yang telah lama dipercayai sebagai penamat permainan – tahap di mana permainan bergerak terlalu pantas untuk manusia bertindak balas.

    Sehingga 21 Disember apabila Willis berada di Tahap 157 dan menjatuhkan satu blok tepat pada tempat yang menyebabkan satu baris blok hilang, dan permainan menjadi beku.

    Ketua Eksekutif Tetris, Maya Rogers juga meraikan kejayaan itu, memberitahu popsci.com ia adalah pencapaian yang tepat pada masanya menjelang ulang tahun ke-40 permainan itu pada 2024. – AFP

    Gambar video menunjukkan reaksi Willis Gibson selepas bermain dalam permainan Tetris, yang menjadi pemain pertama menewaskan versi asal permainan Nintendo. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda