Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja Australia didakwa membunuh kerana menikam seorang remaja

    SYDNEY, 25 SEPT – Seorang remaja Australia didakwa atas tuduhan menikam maut seorang remaja berusia 16 tahun di negeri Victoria, Australia.

    Polis Victoria berkata hari ini bahawa mereka telah mendakwa seorang budak lelaki berusia 15 tahun dengan satu pertuduhan membunuh selepas seorang remaja berusia 16 tahun terbunuh dalam satu tikaman di sebuah pusat membeli-belah di pinggir bandar luar barat Melbourne kelmarin.

    Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil ke pusat beli-belah di Melton West, kira-kira 38 km ke barat daerah pusat perniagaan Melbourne, sejurus sebelum tengah hari kelmarin, di mana remaja berusia 16 tahun itu ditemui dengan kecederaan yang mengancam nyawa.

    Responden pertama memulakan pertolongan cemas dengan resusitasi kardiopulmonari, tetapi malangya mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

    Dalam satu kenyataan, Polis Victoria berkata bahawa penyiasat kemudiannya menahan dan mendakwa remaja tempatan berusia 15 tahun itu dan dia akan hadir di mahkamah kanak-kanak di kemudian hari.

    Mangsa telah dikenal pasti sebagai Oscar Hamilton dari pinggir bandar jiran Harkness.

    “Hari ini dunia kita hancur,” kata keluarganya dalam satu kenyataan.

    Bercakap pada sidang media kelmarin, Detektif Polis Victoria Sarjan Kanan, Nigel L’Estrange berkata kemungkinan pasangan terbabit mengenali antara satu sama lain.

    Selasa kelmarin adalah hari kedua cuti sekolah di Victoria.  – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda