Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Remaja bawa kereta curi ditahan

    BUFFALO, NEW YORK, 23 NOV – Seorang remaja yang dituduh memandu sebuah kenderaan SUV curi dan terbabit dalam nahas yang membunuh empat penumpang remaja telah ditahan semalam atas dakwaan membunuh.

    Sementara itu, ibu bapa dua mangsa yang terbunuh, telah memfailkan tindakan guaman ke atas pengeluar kereta Kia, mendakwa anak mereka masih hidup sekiranya kereta tersebut lebih sukar dicuri.

    Enam remaja berada dalam kereta Kia Sportage apabila ia terbabit dalam kemalangan di Route 33 pada 24 Oktober, kata polis Buffalo. Kereta itu dilaporkan dicuri pada malam sebelumnya.

    Pemandu, diselamatkan beg udara dan tidak melantun keluar apabila kenderaan terlanggar benteng konkrit pada kelajuan tinggi dan terbalik, kata Peguam Daerah, John Flynn. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...