Sunday, January 26, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja British bunuh tiga gadis muda dipenjara seumur hidup

    LIVERPOOL, 24 JAN – Seorang hakim kelmarin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang remaja British yang membunuh tiga gadis dalam serangan tikaman, sementara keluarga mangsa menangis di mahkamah mendengar butiran mengerikan mengenai ‘keganasan melampau’ yang dialami mereka.

    Ketika menjatuhkan hukuman 13 hukuman seumur hidup atas tiga pembunuhan dan 10 percubaan membunuh, Hakim Julian Goose berkata bahawa beliau percaya kemungkinan besar dia tidak akan dibebaskan dan memerintahkan agar Rudakubana menjalani hukuman minimum selama 52 tahun.

    Hakim itu menyatakan objektif Rudakubana semasa serangan berdurasi 15 minit itu adalah untuk ‘membunuh beramai-ramai kanak-kanak perempuan yang tidak bersalah.’

    Jika dia tidak dihalang, “dia pasti akan membunuh setiap seorang daripada mereka, semua 26 kanak-kanak itu,” tambahnya.

    Tangisan kedengaran di mahkamah ketika pendakwa, Deanna Heer, menceritakan secara terperinci peristiwa yang berlaku di kelas tari bertemakan Taylor Swift pada Julai lalu di Southport, barat laut England.

    Beliau menggambarkan bagaimana Rudakubana memasuki studio di kawasan peranginan pantai di mana sekumpulan kanak-kanak sedang duduk di atas lantai membuat gelang, mendengar lagu-lagu popular Taylor Swift. Rudakubana, yang ketika itu berusia 17 tahun, kedengaran berkata, “Saya gembira mereka sudah mati,” selepas dia ditahan, kata Heer di mahkamah. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda