Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja cedera bergaduh hidap mati otak

    BERLIN, 31 MEI – Seorang remaja berusia 15 tahun dari Berlin disahkan mati otak akibat cedera dalam pergaduhan pada kejohanan bola sepak remaja antarabangsa di Frankfurt, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis.

    Pergaduhan berlaku antara pemain pasukan Perancis dan Jerman selepas wisel penamat perlawanan di daerah Eckenheim pada Ahad lalu. Seorang pemain pasukan Perancis berusia 16 tahun didakwa memukul pemain Berlin itu di kepala atau leher.

    Remaja berusia 15 tahun itu rebah dan dilaporkan mengalami kecederaan otak yang serius dan mengancam nyawa.

    Pelaku telah ditangkap dan direman kelmarin. Polis sedang mencari saksi dan mereka yang mempunyai video dan gambar mengenai kejadian itu boleh menghantarnya kepada polis secara dalam talian atau memuat naik di halaman khas.

    Penganjur kejohanan Piala Jerman sedang menyiasat insiden itu, menurut kenyataan di laman sesawangnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda