Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja cemas cincin tersekat di jari tengah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Seorang remaja berbangsa Cina cemas apabila sebentuk cincin tersekat di jari tengahnya dalam kejadian yang berlaku di salah sebuah kediaman di Jalan Padang di sini pada jam 1:55 hari ini.

    Cincin di jari remaja berusia 18 tahun itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba Cawangan Operasi A, selepas mereka menerima panggilan kecemasan.

    Menurut kenyataan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), tiga orang anggota bombanya, diketuai ABK 142 Matnor bin Haji Mohd Husin bertindak menanggalkan cincin daripada jari tengah kanan lelaki itu menggunakan peralatan khas (grinder kecil).

    JBP menasihatkan orang ramai agar melaporkan insiden kecemasan ke talian 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Cincin tersekat di jari remaja Cina itu berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda