Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja Cina lari dari rumah kerana dapat tempat ke-4

    BEIJING, 21 FEB – Seorang remaja berusia 14 tahun di China lari dari rumah selepas ibu bapanya memarahinya kerana menghampakan mereka melalui keputusan peperiksaannya.

    Pada 11 Februari lalu, seorang remaja tidak dikenali, telah ditemui polis menangis sendirian di sebuah lebuh raya di wilayah barat daya Yunnan, lapor South China Morning Post (SCMP).

    Remaja itu memberitahu pegawai polis dia mendapat markah lebih 630 daripada 700 markah dalam ujian pertengahan di sekolahnya dan mendapat tempat keempat dalam kelas dan ke-20 dalam grednya.

    Walau bagaimanapun, ibu bapanya tidak berpuas hati dengan keputusannya, menurut laporan itu.

    “Saya dapat markah yang baik, namun masih dimarahi apabila saya pulang rumah,” kata remaja itu.

    Pegawai kemudiannya menghubungi ibu bapanya dan memberi teguran kepada mereka. Sebuah video menunjukkan ibu bapa itu ditegur polis telah dimuat naik ke platform media sosial China, Weibo.

    Warganet turut menyelar ibu bapa itu kerana terlalu bertegas ke atas anak lelaki mereka.
    Obsesi ibu bapa bagi mencapai gred terbaik telah menyamai fenomena jiwa atau ‘chicken blood’ yang bermakna kegilaan ibu bapa terhadap sesuatu dan semakin meraih populariti di China.

    Ibu bapa seumpamanya akan memberi tekanan kepada anak-anak mereka secara agresif bagi memastikan mereka berlumba-lumba bersaing dengan rakan sebaya mereka untuk memasuki universiti elit. – ANN/Straits Times

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda