Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Remaja didakwa bunuh anak damit sendiri dibenar ikat jamin

    PUTRAJAYA, 13 MEI – Remaja perempuan yang didakwa membunuh anak damit yang baru dilahirkannya dibenar dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Rayuan hari ini sementara menunggu perbicaraan kes itu.

    Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah,  membenarkan remaja itu diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.

    Yaacob berkata ikat jamin itu hanya akan berkuat kuasa selepas gadis itu selesai menjalani penilaian psikiatri di Hospital Permai, Tampoi di Johor.

    Beliau berkata remaja perempuan berusia 15 tahun itu dan penjaminnya mesti melapor diri di Balai Polis Chukai di Kemaman, Terengganu sebulan sekali sebelum atau pada hari ketujuh setiap bulan sehingga kesnya selesai.

    Hakim itu juga berkata remaja itu dan penjaminnya perlu hadir ke mahkamah, melainkan dikecualikan oleh mahkamah dan dia tidak boleh dibawa keluar negara tanpa kebenaran daripada mahkamah.

    Beliau berkata sekiranya terdapat sebarang permohonan supaya remaja itu dibawa keluar negara, permohonan itu mesti dibuat di mahkamah tempat pertuduhan itu difailkan.

    Sebelum perbicaraan permohonan ikat jamin gadis itu bermula, hakim mengeluarkan perintah supaya identiti gadis itu tidak didedahkan.

    Remaja itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman pada 15 Feb lepas atas pertuduhan membunuh anak damitnya di sebuah rumah di Seri Bandi, Kemaman, Terengganu antara 7 dan 9 pagi pada 8 Feb. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...