Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja dikenakan kompaun $100 kerana buang sampah

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – Seorang remaja berusia 17 tahun telah dikenakan kompaun $100 kerana didapati membuang sampah di tempat awam.

    Remaja terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil Penggal 30 itu semasa operasi bersepadu dinamakan Ops Bersih malam tadi dan remaja itu diberikan masa seminggu untuk menjelaskan denda berkenaan.

    Menurut kenyataan yang yang dikeluarkan, operasi yang melibatkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dan Jabatan Alam Sekitar dan Taman Rekreasi itu bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa semua orang dan penduduk Negara Brunei Darussalam bertanggungjawab untuk menjaga keindahan dan kebersihan alam sekitar lebih-lebih lagi kawasan awam yang sering dikunjungi oleh orang ramai dan pelancong.

    Ops Bersih akan dijalankan secara berterusan dan pihak penguatkuasaan akan mengambil tindakan ke atas mana-mana individu atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah akta berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda