Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Remaja dirujuk pendakwa tipu peperiksaan kemasukan universiti

    TOKYO, 16 MEI – Seorang remaja lelaki dirujuk kepada pendakwa raya hari ini kerana didakwa menggunakan cermin mata pintar yang dilengkapi kamera untuk menipu dalam peperiksaan kemasukan universiti dengan mengambil gambar soalan dan berkongsi dengan warganet, lapor agensi berita Kyodo.

    Remaja berusia 18 tahun itu yang menduduki peperiksaan untuk Universiti Waseda berprestij di Tokyo pada Februari, didakwa meminta beberapa individu di platform X untuk menjadi ‘tutor dalam talian’ untuknya terlebih dahulu dan memberikan beberapa ribu yen setiap orang dalam pembayaran elektronik untuk bantuan mereka semasa peperiksaan, menurut polis.

    “Saya kesal dengan salah laku saya, yang lebih teruk daripada menipu,” kata remaja itu, yang akhirnya tidak diterima, dipetik sebagai berkata oleh polis, menjelaskan bahawa dia telah menulis jawapannya berdasarkan respons yang diterimanya.

    Menurut pihak universiti, individu yang memberikan jawapan kepada pelajar itu tidak menyedari bahawa soalan itu adalah daripada peperiksaan kemasukan ke universiti yang sebenar.

    Remaja itu yang merupakan pelajar sekolah menengah atas di Tokyo pada masa kejadian didakwa, melanggar peraturan universiti swasta itu dengan mengambil gambar kertas peperiksaan dan memuatnya ke platform X dengan telefon pintarnya pada 16 Februari semasa ujian kemasukan untuk Sekolah Sains dan Kejuruteraan Kreatif.

    Cermin mata pintar itu dapat menghantar imej ke telefon pintarnya, yang disembunyikan dalam poket seluarnya, menurut polis. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...