LOS ANGELES, 16 DIS – Polis memaklumkan remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga suspek empat kes pembunuhan membabitkan ahli keluarganya, ditahan di New Mexico, Amerika Syarikat (AS) semalam.
Pejabat Syerif Valencia menerima panggilan kecemasan 911 pada awal pagi Sabtu daripada seorang remaja lelaki yang memberitahu bahawa dia membunuh ahli keluarganya, menurut kenyataan Polis Negeri New Mexico.
Apabila pegawai tiba di kediaman di bandar Belen, remaja itu keluar dari rumah dengan mengangkat kedua-dua tangannya dalam keadaan sangat mabuk. Sepucuk pistol ditemui di atas meja di dapur.
Seorang pegawai memberitahu AFP mangsa-mangsa tersebut adalah ibu bapa dan dua adik-beradik kepada suspek.
Suspek telah didakwa dengan empat tuduhan membunuh darjah pertama. – AFP