Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja ditembak mati tentera Israel

    BANDAR GAZA, 20 Sept – Seorang remaja Palestin ditembak mati oleh tentera Israel dalam pertembungan yang berlaku berhampiran sempadan di selatan Gaza lewat semalam, menurut Kementerian Kesihatan di enklaf itu.

    Kementerian itu berkata Mumin Abu Ayeda berusia 15 tahun telah ditembak di sempadan timur Rafah di selatan Gaza. Ia mengatakan bahawa Ayeda mengambil bahagian dalam demonstrasi lewat semalam. Bagaimanapun, tentera Israel tidak mengesahkan perkara itu.

    Sekurang-kurangnya 184 penduduk Palestin terbunuh akibat tembakan yang dilancarkan tentera Israel di Gaza sejak demonstrasi ‘Perhimpunan Besar’ bermula pada 30 Mac lalu. Manakala, seorang askar Israel terkorban selepas ditembak oleh penembak hendap Palestin. Tunjuk perasaan berkurangan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, meskipun demonstrasi lebih kecil masih lagi dilancarkan.

    Selasa lalu, dua rakyat Palestin ditembak mati semasa protes di sempadan bersebelahan dengan Erez. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda