Tuesday, April 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja kurang upaya maut ditembak polis di Idaho

    BOISE, 13 APRIL – Seorang remaja autistik yang tidak boleh bercakap telah meninggal dunia kelmarin, akibat ditembak berulang kali oleh polis Idaho dari seberang kawat berduri semasa memegang sebilah pisau. Remaja tersebut telah meninggal dunia selepas alat sokongan hayat dibuka.

    Menurut sebuah kenyataan daripada Puan Ana Vazquez, kepada The Associated Press, Victor Perez, 17, juga menghidap palsi serebrum dan dia sudah berada dalam keadaan koma sejak tembakan berlaku pada 5 April dan pemeriksaan yang telah dibuat pada Jumaat lepas, telah menunjukkan tiada sebarang aktiviti otak dapat dikesan pada remaja tersebut.

    Perez telah menjalani beberapa pembedahan dan pihak doktor telah mengeluarkan sebanyak sembilan peluru dari anggotanya dan memotong kakinya.

    Polis di bandar Pocatello, Idaho, bertindak balas terhadap panggilan 911 yang melaporkan seorang lelaki yang kelihatan mabuk dengan pisau sedang mengejar seseorang di halaman.

    Ternyata itu adalah Perez, yang tidak mabuk tetapi berjalan dengan langkah tergoyang disebabkan oleh kecacatannya, kata Vazquez. Ahli keluarganya telah cuba mengambil pisau dapur besar itu daripadanya.

    Rakaman video yang diambil oleh seorang jiran menunjukkan Perez terbaring di halaman selepas jatuh ketika empat pegawai tiba dan berlari ke pagar di tepi halaman.

    Pegawai-pegawai tersebut, yang namanya belum didedahkan, telah diletakkan dalam cuti pentadbiran. – AP

    Gambar ini menunjukkan Victor Perez di katil hospital di Pocatello, Idaho, pada 5 April. –AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda