SYDNEY, 14 JAN – Seorang remaja lelaki telah didakwa dengan percubaan membunuh selepas menikam seorang pekerja pasar raya di negeri Queensland, Australia.
Perkhidmatan Polis Queensland (QPS) mengatakan hari ini bahawa remaja berusia 13 tahun itu didakwa mendekati seorang anggota staf di pasar raya di bandar Ipswich, sekitar 30 kilometer ke barat daya Brisbane, kira-kira pukul 5:20 petang kelmarin dan menikam wanita tersebut dengan pisau.
Mangsa, seorang wanita berusia 63 tahun, menerima rawatan perubatan di tempat kejadian daripada pegawai polis sebelum dibawa ke hospital berhampiran dalam keadaan kritikal.
QPS berkata remaja itu melarikan diri dari tempat kejadian tetapi telah ditahan oleh orang awam. Suspek diberkas dan telah didakwa dengan cubaan membunuh. – Xinhua