Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Remaja maut lakukan aksi lagak ngeri

    LOS ANGELES, 25 MEI – Seorang budak lelaki berusia 17 tahun maut hujung minggu ini ketika memanjat jambatan Los Angeles dalam aksi lagak ngeri media sosial, kata polis.

    Polis dihantar ke 6th Street Viaduct sekitar jam 2 pagi pada Sabtu dan menemui budak lelaki itu, yang disahkan meninggal dunia di hospital. Namanya tidak didedahkan.

    Remaja itu tergelincir dan jatuh “ketika memanjat salah satu gerbang, untuk menyiarkan satu siaran untuk media sosial,” kata Ketua Polis Michel Moore pada Selasa semasa mesyuarat Suruhanjaya Polis Los Angeles.

    Jambatan itu dibuka pada Julai lalu. Projek bernilai AS$588 juta, yang menggantikan jambatan Art Deco yang berusia 84 tahun, merentangi 1,066 meter di atas Sungai Los Angeles yang dibarisi konkrit dan menghubungkan pusat bandar ke Eastside yang bersejarah.

    Jambatan itu, yang mempunyai beribu-ribu lampu LED dan pemandangan latar langit LA, adalah jambatan terbesar dan termahal yang pernah dibina di bandar itu. Ia bertujuan menjadi mercu tanda bandar tersebut.

    Tetapi polis menutup jambatan itu beberapa kali selepas ia menjadi tempat tumpuan untuk perlumbaan jalanan, grafiti dan penggambaran yang menarik ratusan penonton untuk menyaksikan pemandu melakukan aksi berbahaya di dalam kenderaan mereka. – AP

    Gambar fail menunjukkan kereta bergerak di Street Viaduct di Los Angeles. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...