Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja maut, lima cedera dalam serangan pisau

    VIENNA, 16 FEB – Seorang pencari suaka Syria ditahan selepas menikam seorang remaja hingga mati dan mengakibatkan lima lagi cedera di selatan Austria kelmarin, kata polis.

    Serangan itu berlaku hanya dua hari selepas seorang suspek pencari suaka Afghanistan merempuh sebuah kereta ke arah orang ramai di bandar Munich di negara jiran Jerman, membunuh dua orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain. “Di bandar Villach di Austria, seorang lelaki secara rawak menyerang orang yang lalu lalang dengan pisau, jurucakap poli, Rainer Dionisio berkata kepada AFP.

    Pegawai telah menahan seorang pencari suaka Syria berusia 23 tahun, katanya. “Seorang mangsa, yang merupakan budak lelaki berusia 14 tahun, meninggal dunia,” tambahnya.

    Jumlah yang cedera meningkat daripada empat sebelum ini kepada lima, termasuk dua yang cedera parah, kata Dionisio. Mangsa paling tua berusia 36 tahun. Kejadian itu berlaku kelmarin sejurus sebelum 4 petang waktu tempatan di tengah bandar di wilayah Carinthia.

    Seorang penunggang penghantar makanan yang lalu juga dari Syria telah campur tangan, merempuh kenderaannya ke arah penyerang, yang mengalami cedera ringan dan ditangkap sejurus selepas serangan, kata Dionisio. – AFP

    Pegawai Polis Jenayah Negara Austria berada berhampiran kordon polis selepas kejadian serangan pisau berhampiran dataran utama di pusat bandar Villach, selatan Austria pada 15 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda